Ahad, 27 Mac 2011

Makanan Tempatan

Makanan di Mukim Bukit Garam juga tidak tertumpu hanya kepada masakan tetapi juga kaya dengan sumber buah-buahan yang penanamannya secara tidak formal. Buah-buahan ini ditanam di sebidang tanah yang kecil yang diusahakan oleh penduduk tempatan sehingga menyebabkan hasilnya yang lumayan dan berkualiti. Buah-buahan ini turut menjadi salah satu makanan orang tempatan dan menjadi hasil jualan bagi sebilangan penduduk. Buah-buahan yang ditanam antaranya ialah durian merah, rambutan, pisang, buah nangka, buah tarap, mangga dan kelapa. Suku Kaum Sungai sangat terkenal dengan makanan daripada sayur-sayuran, buah-buahan, ulam-ulam muda dan pelbagai jenis lagi. Sebagai contoh makanan yang sering dijadikan santapan istimewa oleh kaum sungai ini ialah seperti Lemak Pucuk Ubi,Tinamba, Alau ataupun Tempoyak dan banyak lagi…





Pelbagai lagi jenis makanan dan buah buahan yang ada di Mukim Bukit Garam . Sentiasalah melawati blog kami...kalau anda ingin merasanya kami mengalu-alukan kedatangan anda ke kampung kami..

0 ulasan:

Catat Ulasan