Sabtu, 12 Mac 2011

Cerita Rakyat Mengenai Sungai Kinabatangan


Seperti  kawasan-kawasan lain, kesemuanya memiliki cerita dan peristiwa mengenai tempat yang didiami dan satu-satunya menjadi lagenda dan kebanggaan masyarakat peribumi.Untuk mengelakkan suatu peristiwa itu hilang daripada menjadi pengetahuan rakyat tempatan, peristiwa itu dikekalkan melalui penceritaan atau dalam bentuk penulisan.I nilah yang akan dipaparkan pada penulisan ini.
Cerita ini mengisahkan Seekor Buaya yang amat kuat pernah wujud dan berhabitat di sungai Kinabatangan. Buaya tersebut di gelar “Aki Taronggari. Pada zaman dahulu ,terdapat seekor buaya yang amat besar mendiami sungai Kinabatangan. Boleh dikatakan buaya ini raja segala buaya yang terdapat di sungai itu. Apabila menyeberang sungai, kepalanya berpuluh puluh depa ke darat dan ekornya berpuluh puluh depa ke seberang. Saiz badannya sangatlah besar.Pada zaman itu ,semua binatang boleh bercakap dengan manusia. Keadaan yang sungguh luar biasa ini disebut dalam bahasa tempatan sebagai “Asudun” atau ‘sakti’. Kewujudan buaya tersebut tidak diketahui sangat oleh sesetengah orang tetapi bagi mereka yang tahu, akan dijadikan cerita untuk menakut -nakutkan anak-anak yang mereka yang sering bermandi-manda di sungai Kinabatangan sehingga lewat malam.
Pada suatu hari, semasa seorang anak gembira bermandi-manda di sungai hingga tengah hari dan tidak mahu pulang ke rumah,s i ibu dan si ayah dengan berkata ‘naik kamu, nanti di tangkap oleh si ,Taronggari’. Mendengar jeritan itu,anaknya pun menjawab ‘‘aku tidak takut dengan si Aki Taronggari !!,, adalagi yang lebih kuat dan besar dari dia,,,!!’’mendengar jawapan anaknya, si ibu semakin risau lalu berkata, “jangan cakap begitu,!,,nanti dia dengar, habis kau nanti di tangkap olehnya,”.tanpa rasa takut si anak menjawab ‘tidak juga ba mak,,,,,,!’si anak langsung tidak takut dengan kata kata si ibu,,. Lima minit kemudian , datanglah Aki Taronggari mendekati si anak tadi dengan jarak yang sangat dekat.Lalu Aki Taronggari bertanya kepada budak itu, ‘Betul ka ada lagi buaya yang lebih besar dan kuat dari aku?’ kemudian budak itu pun tanpa rasa takut dan gentar berhadapan dengan buaya raksasa yang bertanduk di kepalanya pun menjawab, ‘ betul , aku tahu di mana tempatnya, tempatnya di Teluk Brunei di bawah batu berbentuk atap di tepi laut. Jawab Aki Taronggari , “baiklah, kalau begitu, tolong tunjukkan aku tempatnya.” ,Pergilah si anak menemankan raja buaya di Kinabatangan pada zaman itu. Kedua ibu bapa si anak menangis kerisauan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk menimpa si anak.
Lalu,berenanglah Aki Taronggari dengan si anak tadi di atas badan si buaya sambil memegang tanduk buaya itu dengan kuat. Walaupun kepala buaya itu di angkat supaya budak itu tidak di tenggelami air,tetapi dia terpaksa juga memegang dengan erat tanduk Aki Taronggari kerana kelajuan berenangnya sangat laju.Betapa hebatnya Aki Taronggari. Apabila sampai di batu itu,budak itu berkata, ‘itulah tempatnya’ sambil menunding jari ke arah batuitu,.Buaya itu berkata ‘Begini,aku tinggalkan kau dulu di atas batu ini.Aku mahu lihat betulkah apa yang kau cakap dengan aku mengenai buaya itu’. Menyelamlah Aki Taronggari kedasar laut.Apabilah sampai ke dasar, kelihatanlah apa yang diperkatakan oleh budak tadi.Memang buaya yang berwarna putih itu jauh lebih besar .Aki Taronggari dengan perlahan mendekati buaya putih yang sedang tidur . Panjangnya Aki taronggari itu Cuma separuh sahaja di bandingkan saiz buaya putih itu. Begitu besar dan panjangnya buaya yang dikatakan oleh budak tadi . Rasa gementar juga Aki Taronggari dibuatnya. Kemudian Aki tTronggari keluarlah dan berkata kepada budak itu “dengar sini baik baik, kasihanlah kau terlibat tapi sudah terlanjur kita ke sini , sangat-sangat malu kalau tidak mencuba sejauh mana kekuatan buaya putih itu. Dikatakan pula kita ni penakut kerana lari sebelum berjuang. Itulah pepatah orang sungai di Kinabatangan.“Jadi, kau mahu beradu tenaga dengan buayai tu?tanya budakitu. Jawab Aki Taronggari “ya ,aku mahu bertarung dengan buaya putih itu”.Budak itu menangislah kerana risau sekiranya Aki Taronggari terbunuh, tidak ada akan menghantarnya pulang dan berkemungkinan akan menjadi santapan buaya putih itu.
          Aki taronggari berkata“ jangan risau kalau nasib menyebelahi , aku boleh menang. Sekarang kau tunggu di atas batu yang tinggi dari aras laut. Sekiranya nanti kelihatan darah putih keluar dari air laut, kita ada harapan ,tapi sekiranya darah merah dengan banyak, kemungkinan kita tak ada harapan untuk pulang ke kinabatangan”.Mendengar kata kata Aki Taronggari, si budak tadi menangislah dengan kuatnya.Walaubagaimanapun, tangisan dan rintihan itu tidak sedikit pun melemahkan semangat aki taronggari untuk menandingi buaya putih itu.
Kemudian,menyelamlah Aki Taronggari ke dalam laut dengan menggumpul seluruh tenaganya .Kelihatan sahaja buaya putih itu, Aki tTronggari dengan pantasnya menerkam dan mengigit buaya putih itu. Lalu buaya putih itu pun sedar dan membalas serangan Aki Taronggari. Maka terjadilah pergelutan yang sangat dasyat dan menghasilkan ombak kuat di tengah laut. Setelah lebih 30 minit air bergelora, budak tadi yang masih tidak reda tanggisanya semakin risau sekiranya Aki Taronggari tewas.Tangisan budak itu terhenti apabila melihat darah merah keluar dari laut dan di ikuti pula dengan darah putih  yang banyak. Perasaan budak tadi bercelaru. Setelah lama bertarung, air laut mula tenang . Keluar darah merah dan putih dengan banyak. Budak tadi ke sana kemari mencari Aki Taronggari. Dia kebingungan. Buaya mana yang menang. Kalau aki Taronggari yang menang bolehlah dia balik kekampung halaman.Tetapi jika sebaliknya, tidak dapat di gambarkan bagaimana keadaanya.Rasa bersalah dan menyesal mula meyelubungi diri nya.Kalaulah dia mendengar kata kata kedua ibu bapanya,pasti tidakakan berlaku perkara sebegini. Tiba tiba ,ombak kecil kelihatan di laut kawasan Aki Taronggari kali terakhir di lihatnya. Budak itu memerhatikan air itu dengan teliti.Alangakah gembiranya sibudak tadi apabila melihat aki Taronggari keluar di sebalik ombak kecil itu. Aki Taronggari berkata“ hampir aku tertewas oleh buaya putih itu, kekuatannya sungguh menakjubkan.Untunglah lah aku menyerangnya terlebih dahulu,itu membuatkanya kekurangan tenaga.Sekarang mari kita pulang”,cakap aki taronggari kepada budak tadi. Maka baliklah budak tadi dengan perasaan gembira.
Setelah tiba di rumah, aki taronggari pun mengucapkan selamat tinggal kepada budak itu.Berenanglah aki taronggari ke hulu sungai tidak jauh dari kediaman budak itu.Apabila aki taronggari merangkak ke pantai, kelihatanlah betapa besarnya luka yang ada pada badan aki taronggari hingga berdepa depa hampir di seluruh badanya.Selang beberapa hari,matilah aki taronggari akibat luka yang di hidapinya.Aki taronggari mula mereput. Sungai Kinabatangan  tidak dapat digunakan selama seminggu kerana bau yang sangat busuk.Begitu juga dengan air laut dimana buaya putih itu mati,sangat busuk baunya.Maka berakhirlah kisah buaya gagah yang bernama aki taronggari yang telah menjadi kebanggaan suku kaum sungai penduduk peribumi daerah Kinabatangan pada dahulu kala.

0 ulasan:

Catat Ulasan