Sosioekonomi yang dijalankan di Mukim Bukit Garam kebanyakkannya berbentuk pertanian. Pertanian yang dijalankan untuk keperluan sendiri atau untuk perniagaan, antara jenis pertanian yang dijalankan ialah menanam pelbagai jenis sayuran dan menanam kelapa sawit.
Selain itu, aktiviti perikanan seperti memancing, memukat dan lain-lain juga adalah antara sosioekonomi yang dijalankan di mukim Bukit Garam. Hasil tangkapan dari penduduk kampung biasanya akan dijual kepada orang ramai di sekitar mukim.
Berniaga juga adalah salah satu aktiviti yang tidak ketinggalan. Kebanyakkan penduduk di Mukim Bukit Garam menjual pelbagai jenis jualan antaranya sayur, ikan, pelbagai keperluan dapur dan banyak lagi di gerai-gerai yang kebanyakkannya dibina di halaman tapak kediaman masing-masing.
0 ulasan:
Catat Ulasan