Pekan Bukit Garam pada era 50an adalah sebuah perkampungan kecil yang hanya dihuni oleh beberapa buah rumah di pinggir sungai Kinabatangan. Masyarakat yang menjadi penduduk awal di kampung Bukit Garam adalah berasal beberapa buah kampung yang ada di ulu sungai Kinabatangan seperti Kg.Tamoi atau Kg.kenang-kenangan yang sekarang dikenali sebagai kampung Kuamut, Kg.Pintasan dan beberapa buah kampung kecil serta mereka yang datang dari beberapa kem pembalakan. Perpindahan semakin rancak dengan adanya kem pembalakan yang dibuka di kampung-kampung tersebut. Rumah masyarakat terawal di kampung Bukit Garam bercirikan rumah pada zaman dahulu kala, bertiangkan belian bulat yang telah ditara, kayu yang berbentuk sebagai rangka rumah, beratapkan nipah, berlantaikan serta berdindingkan bambu atau kulit kayu.
Kampung Bukit Garam mendapat nama hasil cerita orang terawal di sini di mana terdapat sebuah bukit yang berhampiran dengan kampung Bukit Garam yang sentiasa didatangi oleh penghuni hutan seperti rusa, pelanduk dan sebagainya untuk menjilat sekatul batu masin yang dipanggil (Tagai) dalam bahasa orang sungai yang berhampiran kawasan benda masin tersebut, maka akhirnya lahirlah nama Bukit Garam.
Apabila semakin ramai penduduk yang berhijrah ke Bukit Garam maka terbantuklah sebuah pentempatan yang besar dan wujudlah kampung Bukit Garam. Pusat pentadbiran Kinabatangan yang sebalum ini berpusat di Lamag telah di pindahkan ke kampung Bukit Garam memandangkan tempatnya yang sterategik untuk dijadikan pusat pentadbiran kerana kawasannya mempunyai tanah tinggi untuk tidak menjejaskan pengurusan pentadbiran jika dibandingkan dahulunya di Lamag yang selalunya akan tenggelam akibat banjir yang saban tahun akan memusnahkan petempatan disitu. Proses pentadbiran ini berlaku pada akhir tahun 70an, Pertumbuhan kampung Bukit Garam menjadi sebuah perkampungan besar yang semakin pesat dari dahulu hingglah sekarang.
0 ulasan:
Catat Ulasan