Selasa, 5 April 2011

Pelancongan

Kinabatangan merupakan salah satu dentinasi pelancongan yang sangat terkenal samada di dalam atau di luar negara. Namun bagi kawasan Mukim Bukit Garan setakat ini penulis hanya mengetahui kawasan pelancongan yang hanya terdapat di Kg. Sungai Lokan dan Kg. Kuamut...jom baca sini

Selain itu, kalau nak tau serba sedikit pasal pelancongan di Kinabatangan ni...meh klik sini..

Kemudahan

Bercerita mengenai kemudahan ni merupakan salah satu faktor yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Segala urusan harian akan lebih mudah sekiranya terdapat kemudahan yang sedia ada berdekatan dengan tempat tinggal kita. Begitu juga dengan keadaan di sekitar Mukim Bukit Garam.

Pusat Pentadbiran bagi Daerah Kinabatangan telah berpindah ke Pekan atau Kota Kinabatangan. Dahulunya pusat pentadbiran ini di kawasan Pekan Bukit Garam yang dipanggil Lamag (Tengok gambar di bawah). Disebabkan kawasan ini kawasan tanah rendah yang mudah dinaiki air.



Sekarang, Pusat Pentadbiran telah berubah wajah & tempat. Semua pejabat jabatan kerajaan, bank, pos, hospital berpusat di Kota Kinabatangan yang terletak 12km dari Pekan Bukit Garam yang dulunya dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Kemudahan banyak disediakan di  kawasan ni...jadi, komuniti di sini tidak susah sangat berurusan...Jom tengok gambar kat bawah...antara yang sempat di ambil :)